Jenis & Kegunaan Perintang.

JENIS-JENIS PERINTANG DAN KEGUNAANNYA
        Terdapat 2 jenis perintang yang sering digunakan.
Perintang tetap
        Perintang tetap ialah perintang yang tidak boleh diubah-ubah nilai rintangannya.

        Namun demikian, faktor-faktor seperti perubahan suhu, bahan perintang atau arus mungkin dapat mengubah nilai rintangannya.

        Nilai rintangan perintang tetap ini dapat dinyatakan dengan menggunakan kod warna perintang.

        Contoh perintang tetap ialah seperti berikut.

¯    Perintang komposisi karbon
¯    Perintang berselaput karbon
¯    Perintang belitan dawai
 Rajah 3.5  Perintang karbon

Perintang Boleh Ubah
        Selain daripada perintang tetap, terdapat beberapa jenis perintang boleh ubah yang biasa digunakan dalam litar elektronik seperti reostat, meter upaya dan praset.

        Perintang boleh ubah ini boleh diubah nilainya mengikut kehendak pengguna. Selain itu, terdapat termistor dan varistor. Perintang ini berubah nilai rintangannya mengikut perubahan suhu dan voltan.

        Jadual 3.2 menunjukkan simbol, bentuk fizikal dan ciri-ciri perintang boleh ubah.

Jadual 3.2  Simbol, bentuk fizikal dan ciri perintang boleh ubah.


Perintang boleh ubah


Simbol

Bentuk fizikal

Ciri-ciri


Reostat









Ñ      Nilai rintangan boleh diubah dengan melaraskan tombol boleh laras.




Meter upaya



Praset
 



Ñ      Nilai rintangan boleh diubah.



Termistor

Ñ      Termistor pekali positif – nilai rintangan bertambah dengan pertambahan suhu.
Ñ      Termistor pekali negatif – nilai rintangan berkurang dengan pertambahan suhu.



Varistor

Ï      Digunakan sebagai pengawal voltan pusuan iaitu kenaikan voltan yang berlaku secara tiba-tiba yang disebabkan oleh pensuisan, kilat dan perubahan beban yang mendadak.