Hasil Ciptaan

SHOW
Tahun ini kita telah menghasilkan satu ciptaan yang dinamakan SHOW ia itu satu alat yang digunakan untuk membasuh kasut. Dalam pertandingan Reka Cipta Antara SMV/SMT Zon Pahang yang telah dijalankan pada 8-10 April yang lalu di SMT Kuantan. Dalam pertandingan tersebut SHOW telah menjadi Johan dan akan mewakili Zon Pahang keperingkat kebaangsaan yang akan diadakan di SMT Kuantan pada 10-12 Jun 2011 nanti.  Terima Kasih.


RosPin

Projek Inovasi Pelajar SMTSP 2008

PENGENALAN
            RosPin adalah singkatan dari perkataan Rostrum Pintar. Nama ini diberikan kepada satu projek hasil inovasi kumpulan pelajar-pelajar ahli Kelab Reka Cipta SM Teknik Seri Pelindung Kuantan Pahang pada tahun 2008. Ia merupakan sebuah rostrum tempat memberi ucapan yang mempunyai sistem pemegang mikrofon yang boleh terlaras dengan sendirinya mengikut ketinggian orang yang berucap. Kefungsian dan kelebihannya yang boleh terlaras secara automatik ini menjadikan ia satu alat yang istimewa dan disifatkan sebagai pintar.

SPESIKASI  RosPin
1.         Rostrum                                 :           Standard Saiz.
2.         Pergerakan mikrofon          :           0 hingga 2.5 kaki.
3.         Bekalan Kuasa                    :           12 Volt DC.
4.         Jarak Pengesanan              :           0 hingga 9 kaki.

KEJAYAAN
            Setakat ini Rospin telah menerima beberapa anugerah inivasi diperingkat kebangsaan. Diantaranya ialah :
1.                  Naib Johan Pertandingan Reka Cipta Antara Teknik peringkat kebangsaan yang diadakan di SMTSP pada bulan 29 Jun 2008.
2.                  Anugerah Inovasi Kementerian Pelajaran Malaysia yang diadakan pada 16 oktober 2008 di KPM Putrajaya. Anugerah ini disampaikan oleh Menteri Palajaran Malaysia dalam Majlis Hari Kualiti KPM di MAEP Serdang Selangor pada 4 November 2008. Hadiah berupa piala, cek berbentuk geran bernilai RM 20,000.00 serta sijil.
3.                  Anugerah Inovasi Negara anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) diadakan di PWTC pada 7 November 2008. Hadiah berupa piala, cek bernilai RM 10,000.00 beserta sijil disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
4.                  Telah menanda tangani Perjanjian (MoA) pengkomersilan dengan Syarikat Muslim Global Intelek pada 22 Feb 2011 di SMV Kuantan.

BUKTI KEBERKESANAN
Rospin telah dibuktikan kefungsiannya apabila telah digunakan dengan baik dan sempurna dalam beberapa majlis rasmi diantaranya ialah;
1.                  Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kuantan di Dewan Belia Indera Mahkota, Kuantan, Pahang pada 11 Julai 2008. Dalam majlis tersebut YB. Menetri Besar Pahang telah berucap menggunakan RosPin.
2.                  Jabatan Pelajaran Pahang juga telah mengujinya dengan menggunakannya dalam satu majlis rasmi yang diadakan di ruang legar pusat membeli belah Mega Mall pada bulan ogos 2008.
3.                  Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Timbalannya dan beberapa orang kenamaan lain telah juga mengujinya keberkesanannya dalam satu majlis Pelancaran Dana Inovasi Negara yang diadakan di Parlimen pada 10 November 2008 yang lalu.
4.                  Selain itu RosPin juga telah dijemput untuk mengadakan pameran dalam beberapa majlis seperti Asian Skill di Kuala Lumpur dan persidangan guru-guru teknikal yang diadakan di Port Dickson pada bulan november ini.



LAPORAN  REKA CIPTA DAN INOVASI

Nama Sekolah         :  Sekolah Menengah Vokasional Kuantan, Pahang.
Email                          :  smtpelindung@yahoo.com
 TAJUK          :           LoDATen
 PENCAPAIAN:        Johan Pertandingan Anugerah Reka Cipta dan Inovasi Kejohanan Antara Teknik 2010 peringkat Zon Pahang.
 SINOPSIS PROJEK:
 Umumnya Lodaten merupakan satu rekaan bagi membantu mencegah kecurian kenderaan. Penggunaan telefon bimbit dikaitkan dengan sistem pencegahan kecurian.
Lodaten merupakan suatu inovasi yang menggabungkan sistem elektronik yang menghubungkan sistem penggera dan pemilik kenderaan . Salah satu mekanisma penting yang terdapat dalam Lodaten adalah kebolehan untuk menghantar isyarat kecemasan kepada pemilik kenderaan secara terus sekiranya berlaku pencerobohan terhadap kenderaan. Kelebihan Lodaten yang bertindak sebagai alat hubungan dua hala diantara kenderaan dan pemiliknya, menjadikan ianya sebagai satu alat yang istimewa dan disifatkan sebagai pintar.
 Objektif Projek:      
1.                  Mencipta alat lodaten untuk meningkatkan tahap keselamatan kenderaan.
2.                  Mendidik pelajar semangat kerja berpasukan.
3.                  Memupuk budaya mereka cipta dikalangan pelajar.
4.                  Mendedahkan pelajar kepada konsep inisiatif, inovatif dan kreatif.
 Kelebihan:
            Pemilik akan dapat mengesan pencerobohan yang berlaku walau dimanapun beliau berada asalkan terdapat isyarat talian telefon selular.
  
BIL
BAHAN
UNIT
KOS (RM)
1.
CASING
1
  RM15
2
SOLENOID
1
  RM25
3.
DC TIMER 12V
1
  RM63
4.
TIMER BASE
1
  RM14
5.
PUSH BUTTON
1
RM7
6.
CROC CLIP
1
RM6
7
RELAY
1
   RM12
8
CABLE LUNG
1
RM3
9
CABLE
1
RM5
10
PVC TAPE
1
RM1
11
TELEFON CASING / TELEFON
1
   RM100
12
JUMLAH KOS
      RM247




Masa:             2 Bulan.
 Cadangan Penambahbaikan:
             Perlu dilakukan penyepaduan antara litar kawalan penggera dengan sistem telefon mudah alih. Ini akaan menghasilkan satu set LoDAten yang telah bersepadu (Integrated).
 Keperluaan Pasaran:
            Untuk pemasaran diperlukan satu syarikat yang sanggup mengubahsuainya menjadikannya bersepadu (Integrated) serta menghasilkannya secara besar-besaran dan memasarkannya.