NILAI KEMUATAN
ü Nilai kemuatan bagi pemuat biasanya ditulis di badan pemuat. Di antara spesifikasi teknikal yang ditunjukkan ialah:
· nilai kemuatan
· had terima pemuat
· Voltan kerja
· kadar kebocoran
· pekali suhu.
Spesifikasi teknikal | Keterangan |
Nilai kemuatan | Nilai kemuatan dinyatakan samada dengan menggunakan kod bercetak atau kod warna pada badan pemuat |
Had Terima Pemuat | Had terima menunjukkan kejituan julat-julat sebenar pemuat iaitu nilai kemuatan minimum dan maksimum. |
Voltan kerja | Voltan kendalian maksimum yang mampu diterima oleh pemuat sebelum pecah tebat dielektrik dilampaui. Nilai ini dinyatakan dalam pmkd atau voltan kerja AT. |
Kadar kebocoran | Arus bocor yang berlaku pada pemuat bergantung kepada rintangan penebatan dielektrik pemuat. |
Pekali suhu | Setiap jenis pemuat mempunyai julat suhu kendalian yang ditentukan oleh pengilang. Ia ditandakan pada badan pemuat. |
ü Kaedah menentukan nilai kemuatan
· Kod bercetak.
· Kod warna
Kod Bercetak